Wednesday, May 25, 2011

remaja melayu murtad..mengaku tiada agama..



Assalamualaikum..
aku sedih la dengan remaja2 sekarang ni..(bajet baik..haha)
ada yang jadi murtad sana sini..
kutuk2 Islam.
xsampai hati..nak mencarut pon ada..
tengok la benda2 kat bawah ni..
yang xboleh belah tolak Islam p sembah spaghetti ngan unicorn..ish3..
bacala..kalau nak besar klik kepada gambar tersebut..








tq baca..bukan berkhutbah..cuba betuli diri jua..hehehe..
maaf kalau saya tersalah cakap atau tersalah hukum2 agama..
saya insan biasa..hamba yang lemah..huuhu
ambik iktibar..bye =p



kata2 harun yahya~~~

Jihad Menentag Agama BatilZaman Kegelapan Islam dan ketibaan era kebangkitan Islam
Di dalam buku ini, apa yang kami maksudkan sebagai agama batil adalah ideologi seperti materialisme, komunisme, Darwinisme (asas saintifik bagi ideologi tersebut) dan beberapa sistem lain yang berasaskan kepada kemungkaran. Ini adalah kerana seiring dengan peredaran masa, semua anutan ini bertukar menjadi sebuah konsep yang lengkap dengan sistem dan praktik kepercayaan yang tersendiri. Bahkan, masing-masing memiliki pemimpin idola dan sumber rujukan yang kekal menjadi pegangan para pengikutnya. Agama batil yang tersebar begitu meluas dan menarik jumlah penganut yang besar dengan berusaha menjadikan 'agama batil' ini mengatasi dan menentang keadilan dan agama yang hak (iaitu Islam) secara berterusan dengan menerbitkan pelbagai buku dan artikel untuk menyebarkan propaganda dan sentimen sebagai suatu sokongan terhadap agama buatan mereka.

Saturday, May 21, 2011

Tripple A: cara halus sebar pengaruh yahudi??

Tripple A: cara halus sebar pengaruh yahudi??: "Assalamualaikum.. dah lama saya x update blog..asyik dok minum cool blog ja sampai perut buncit.haha ni first time aku update blog dalam..."

cara halus sebar pengaruh yahudi??



Assalamualaikum..
dah lama saya x update blog..asyik dok minum cool blog ja sampai perut buncit.haha

ni first time aku update blog dalam bas...
bas ni best ada wifi..hehe..
tapi pening dia mau tau la..dok bergoyang2 habeh..bas double deck..huhui..heehe..

saja ja nak cerita pasal pengaruh yahudi @ israel ni kat dunia..
dalam sedar xsedar merata dah dia dok prett dia punya pengaruh ni...
xpayah nak cerita dah kot no..
rasa2 semua dah sedia maklum illuminati laa.. freemason la...

tapi yang aku nak ceghita bagi harini...pengaruh dia ada dalam rumah aku!!!!
tudia aeh..
memang nampak benda ni remeh..tapi bagi aku xremeh aeh..benda ni sirius kot..

apa pengaruh dia??

dulu..time aku nak buat berbeku kat rumah aku..abang aku suruh p cari aluminium foil dalam kabinet dapuq..
cari punya cari aku terserempak dengan gelas ni..ish3..




ish3....nak buang ka tak??hehe
gelas ni mak aku dapat..pejabat tempat mak aku keja bagi..
tapi yang hairannya..kenapa bentuk geometri tersebut yang menghiasi gelas tersebut.??
buat la petak2 ka..bulat2 ka..
dah la kaler biru putih..
sapa yang tempah gelas ni..xnampak ka??
ka saja tempah bentuk ni?? hurmm..musykil2.
maybe kebetulan saja kot.
ka maybe ada komplot dalaman??
pejabat kesihatan?? kementerian?? kerajaan?? hehe..salah cakap kena tahan ISA aku..huhu..gurau saja..

tapi xpala..alang2 dah keluaq cerita lambang israel ni..nak kongsi la sikit sejarah lambang depa ni..
sebenaqnya bukan lambang depa pun...depa tiru ja..haq tuih!




Ketika Salahuddin al-Ayubi dapat mengalahkan tentera salib di Jerusalem , beliau membawa dua mimbar dari Halab ( Aleppo ) Syria , tempat dimakamkan Saidina Khalid al-Walid . Saidina Khalid al-Walid antara sahabat yang berjuang untuk membuka kota Jerusalem ini. Setelah enam ratus tahun kemudian, Jerusalem berada di dalam tangan tentera salib. Pada tahun 1187, ia berada ditangan Islam kembali. Mimbar ini sebagai simbol bahawa masjid ini telah di dalam amanah Islam semula
Satu mimbar diletakkan di masjid al-Aqsa, satu lagi di masjid al-Khalil (Masjid dimakamkan Nabi Ibrahim a.s). 

Apa yang menarik adalah di mimbar ini ada bintang enam, lambang negara Israel

Sebenarnya nak, bintang enam ini adalah lambang bangsa Arab Kan’an. Ia ada sejak ribuan tahun dahulu. Bangsa Arab Kan’an menggunakan bintang ini sebagai lambang kaum mereka. Sebab itu, ketika Salahuddin datang, dia membina tingkap ini dengan mengekalkan lambang bintang enam ini sebagai menghormati kaum Arab Kan’an yang telah Islam.

Orang Kan’an merupakan penduduk asal tanah Palestin ini. Sebelum Israel dibawa oleh Nabi Musa ke Palestin, mereka telah ada. Umur mimbar ini hampir seribu tahun. Tingkap dan mar-mar di dinding ini berumur ratusan tahun. Orang Israel menggunakan lambang ini baru dalam 100 tahun. Mereka menggunakan lambang ini dengan alasan seolah-olah mereka penduduk asal seperti Arab Kan’an di sini.
Di dalam Islam kita dilarang memakai lambang orang kafir. Bukan sahaja lambang, menyerupai sesuatu kaum pun kita dilarang
.
Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud,

“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia akan tergolong di dalam kaum itu”.

Israel menggunakan lambang bintang enam untuk menyatakan dia adalah penduduk asal Palestin ini. Mereka mengarang buku-buku yang menyatakan mereka adalah penduduk asal dengan menafikan bahawa Arab Kan’an adalah penduduk asal di sini.


Sumber: Asal Usul Lambang Israel | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/fakta-menarik/asal-usul-lambang-israel/#ixzz1N6s8P8FY






p/s:pening nak mampuih..nak muntah..goyang sakan bas ni..haha...its a bumpy ride..babai!!

Friday, May 6, 2011

Tripple A: 24:7 sudah mengaku kalah

Tripple A: 24:7 sudah mengaku kalah: "amacam sama dak macam body 247??haha (2pm) wallo... belum apa2 sulah mengaku kalah ka??haha assalamualaikum.. terngiang-ngiang lagi sk..."

24:7 sudah mengaku kalah

amacam sama dak macam body 247??haha (2pm)


wallo... belum apa2 sulah mengaku kalah ka??haha

assalamualaikum..

terngiang-ngiang lagi sketsa maharaja lawak kumpulan jambu tadi..memang paling lawak habes lah walaupon xdak motif langsung..hahhahhaaha..pastikan korang download video jambu esok k.kikiki


okeh berbalik kepada tajuk kita..
apakah yang dimaksudkan dengan tajuk di atas??

hehe XD

yang sebenarnya kumpulan gilaan ramai ni udah mengalah dalam isu menggelarkan diri mereka sebagai artis kpop ni..kuang3..

kronologinya:~~~

1. ya kami memang ingin mengetengahkan muzik kpop kepada peminat-peminat muzik di Malaysia ni..... dan selepas mendapat kritikan2 dari ratusan manusia, ( yang paling best aku penah baca kritikan " xpayahla nak buat muka2 kiut kat malaysia ni..iklim kita xsesuai..korea sejuk..kita panas..toreh getah saja" kikiki).... mereka pun menegaskan...

2. errr...sebenarnya K itu adalah keindahan... jadi maksud kpop bagi kami ialah 'keindahan pop'...nak haram....hehehe..dan setelah mendapat lagi kritikan dari jutaan manusia pula..nescaya mereka berkata begini..

3.
baiklah kami bukan lagi KPOP..Kami adalah MPOP.sila terima kami dengan positif...terima kasih..

MPOP????
apakebenda pulak tu...pandai2 ja buat..haha
dah xdak keja lain dahka nak buat..tubuh kumpulan nasyid ka..boria ka..dikir ka...xsesuai la nak wat mcm ni..
orang cina yang muka ala2 korea pon xbuat..ni hampa lak tergedik2 nak buat kumpulan mcm ni..

siap tukaq nama kepada Max 247 dah..nak kaver malu la tu..hehe.ni mesti idea dia ni...ni la manager dia...comei ouh!! hehe


haritu kpop hampa kata keindahan pop... kali ni mpop apa pulak?? mangkaq pop??hehe...
poyo xhabes teruk pulak kan..eeeee

haa...lagi satu sebelum aku lupa nak tunjuk satu lagi video depa...kot2 la hampa semua berkenan kan..mana nak tau... taste orang lain =p..kahkahkah..


video
time ni depa practise menari untuk lagu single first depa cinta247..bluek..tapi aku tengok sama ja tarian dengan video first depa hat aku tunjuk dulu...sikit ja lain...apa barang..menari satu jenih tarian untuk semua lagu..terhincut sana tergolek sini..lagu berteraboq...hhehe..

dahla...xmau kutuk banyak2...wat dosa ja..hehe...
satgi benci sangat lama2 jadi suka...takot aku...
last dah kot tulis pasai depa...selamat maju jaya tq baca!!! =D

p/s: xdak mood study anat..penat..terencat..tebainya buku anat..huhu =.=

layan ni lagi bagus lah..siyes ni smart..tngok la...team wakil malaysia ni..

Thursday, May 5, 2011

Tripple A: kpop disaster? aiyoh..

Tripple A: kpop disaster? aiyoh..: "annyeonghaseyo!!! haha.. assalamualaikum.. baru2 ini terkecoh dunia Malaysia dengan kumpulan beberapa kumpulan 'kpop' (lah konon) Malaysi..."

kpop disaster? aiyoh..

annyeonghaseyo!!! haha..
assalamualaikum..

baru2 ini terkecoh dunia Malaysia dengan kumpulan beberapa kumpulan 'kpop' (lah konon) Malaysia yang pertama.. ramai yang mengkeji..ramai yang mencaci..aku pun mencaci...

bukan x suka dengan idea diorang ni..tapi xberapa nak setuju lah rasanya..hehe..
kpop ke mpop?? haddoi mana satu yang korang nak pakai?
boleh ke orang melayu muka buruh kasar nak jadi macam muka org korea yang jambu2??? ahahahha...

kumpulan yang dimaksudkan adalah 24:7 dan gula-gula....nama tah apa2.. kpop la katakan..blueekk..cemaq la weih!!!

gambaq bawah ni suju..depa (24:7) lagi seksi dari suju baq hang..haha..

gula-gula ni baq hang..sama lawa sama cantik ngan SNSD..kaki depa sama panjang..haha
snsd

bukan lah nak menambah blog2 yang dok kutuk group2 ni..
tpi kalau dah tau orang xsuka tu..cuba lah cari inisiatif lain..astaga..
gunalah identiti sendiri..xpayahnye nak tiru group2 korea lain..xpayahnye nak seksi sangat..pakai tudung pun xpe..janji pandai nyanyi.nari n comel..gua pun layan beb..hehe

kesian diorang siap ada group anti diorang lagi..haha

siap ada ahli 24:7 yang muka macam bangla kontrak nak jadi kpop gak??ayoh..mcm mana tuh..huhu..
ada yang guna nama taemin (nama ahli group shinee) padahal nama sebenar die tameen ja..haha(fakta xdapat disahkan)..

dahla korang 24:7, gula-gula oi..belajar menari dulu...belaja nyanyi dulu..ambik gambar,promotion gempak bagai..addoi...sedih2... 

lagi satu nak suruh korang tengok video dia 24:7 ni nari...macam haram..ptuih!!..macam monyet!! kikiki
video

hampa tengok depa menari

hampa banding lak ngan budak2 siam ni..walaupon pakai baju pinjam mak bapak..muka xmandi..miming tah apa2..tapi depa menari lagi better than group bongok tu..haha..

dahlah..nilai sendiri..bye2...kikiki...apa lah nak jadi..

p/s: baik macam group dynda ni...ada identiti sendiri..boleh nyanyi+menari..kira ok la tu..hehe =p

dynda

Sunday, May 1, 2011

Tripple A: Rahsia tentera Malaysia part3

Tripple A: Rahsia tentera Malaysia part3: "just nak share..siyess.. sumber: shah paskal T OP SECRET : MALAYSIA HAMPIR BERPERANG 1. Tersiarnya maklumat ini mungkin mengundan..."

Rahsia tentera Malaysia part3



just nak share..siyess..
sumber: shah paskal





TOP SECRET : MALAYSIA HAMPIR BERPERANG
1. Tersiarnya maklumat ini mungkin mengundang konflik.
2. Maklumat yang anda bakal baca seterusnya akan mengesahkan kepercayaan anda.
3. Sekitar beberapa tahun lepas, saya menikmati makan tengahari bersama dengan seorang pegawai paling kanan berpangkat jeneral dalam angkatan tentera (Nama tidak dapat disiarkan kerana saya bimbang maklumat ini boleh disalahgunakan, ketiadaan nama membolehkan sebarang konflik dinyahkan atas alasan ketiadaan kredibiliti).
4. Kesempatan ini saya ambil untuk bertanya satu soalan cepumas yang bermain dalam benak minda saya sejak sekian lama, soalannya cukup mudah, iaitu : BILA PALING HAMPIR NEGARA TERLIBAT DALAM PEPERANGAN?
5. Beliau terdiam, dan kemudian bertanya kepada beberapa orang awam lain yang duduk semeja
dengan satu soalan yang mudah iaitu Anda Kampung Mana?…ada yang cakap dari Johor, Melaka, Kelantan dan tiba lah giliran saya, saya jawab :”Saya berasal dari……tetapi taat setia saya adalah Malaysia”.
6. Beliau yang yakin dengan jawapan saya kemudian meneruskan percakapan tetapi seorang pegawai kanan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) ketika itu yang duduk semeja dengan kami macam saspen sahaja kerana maklumat ini cukup sensitif.
7. Sebenarnya negara kita hampir diancam bahaya peperangan pada tahun 1988, jawab beliau mudah.
8. Beliau meneruskan percakapan, kita hampir berperang dengan Singapura kerana isu air.
9. Ya, pembaca sekelian sila semak akhbar lama mengenai krisis perjanjian air Malaysia dengan
Singapura pada tahun 1988.
10.Saya bertanya kembali, bagaimana pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tahu keadaan begitu kritikal sampai hampir kepada bahaya peperangan?.
11.Katanya, pihak ATM berjaya memintas sistem komunikasi Singapura melalui mesej-mesej yang dihantar kepada rakyatnya di Malaysia.
12.Mesej itu meminta semua rakyat Singapura pulang dan terdapat keadaan luar biasa di kawasan sempadan pintu masuk Johor Bahru-Singapura ketika itu.
13.Saya bertanya kembali, jika perang, adakah ATM mampu menang memandangkan Singapura sangat kuat dari segi material tenteranya?
14.Beliau jawab, TIDAK…KITA TIDAK MAMPU MEMENANGI PEPERANGAN DENGAN SINGAPURA SEMASA ITU, KITA PASTI HABIS.
15.Jawapan beliau sangat menghampakan saya tetapi kemudian jeneral itu menambah lagi, TETAPI SEKARANG JIKA KEKUATAN ATM TINGGAL 50 PERATUS, KITA MAMPU BANGKIT DAN MENGHANCURKAN MEREKA.
16.Kepada pembaca sekelian, pada tahun 80 dan 90an, negara kita tidak mempunyai senjata ofensif malah pasukan tentera kita yang telah menang perang dengan komunis baru sahaja memasuki arena peperangan konvensional sedangkan Singapura yang sudah menikmati keamanan dan kekuatan ekonomi sejak sekian lama sudah pasti berjaya membangunkan kekuatan tentera mereka bertahun-tahun lamanya.
17.Saya amat sering ditanya jika ATM berpontensi menang dalam peperangan dengan Singapura
malahan saya juga suka membuat tinjauan sendiri mengenai persepsi rakyat Malaysia mengenai
peperangan dengan Singapura.
18.Nampaknya ramai di antara rakyat kita yang tidak yakin ATM akan menang, kalau ada yang yakin pun balik-balik menggunakan hujah yang bangang dan tidak relevan langsung dengan strategi peperangan hari ini.
19.Apa itu hujah bangang??? hujah yang sering digunakan adalah kita lebih ramai bilangannya.
ANALISIS PEPERANGAN DENGAN SINGAPURA, VERSI BARU BUKAN TEORI MERSING LINE
20.Seorang saudara saya yang merupakan anggota tentera Singapura sendiri tidak yakin Singapura akan menang perang panjang dengan Malaysia, peperangan Malaysia dengan Singapura akan jadi satu peperangan yang sangat-sangat singkat, kata saudara saya itu.
21.Bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew sendiri pernah mengaku bahawa Singapura boleh bertahan selama 2 bulan sahaja jika berperang dengan Malaysia.
22.Mungkin Lee mahu menipu minda orang Malaysia kerana sejarah moden telah pun membuktikan bahawa negara-negara kecil seperti Israel akan memastikan peperangan dengan seteru mereka berlaku dengan tempoh masa amat singkat seperti Peperangan 6 hari yang berlaku di antara Israel dengan negara-negara Arab pada 196oan dahulu.
23.Sekarang anda pasti ke bahawa Malaysia tidak ancaman, saya sendiri sentiasa melihat Singapura sebagai ancaman yang besar malah percayalah negara itu berpotensi untuk melakukan tindak agresif terhadap kita.
24.Anda kata saya mengarut???…Baiklah, saya sebenarnya dilahirkan di Singapura dan saya
sangat-sangat memahami mentaliti orang Singapura tetapi berita baiknya, saya di pihak anda, saya sejak dari kecil tinggal, bersekolah di Kuala Lumpur dan Johor Bahru dan kini warganegara
Malaysia.
25.Singapura akan berperang hanya satu sebab sahaja iaitu AIR.
26.Hari ini saya masukkan tiga sebab iaitu AIR, TANAH dan sekuriti Singapura sebagai sebuah
negara pulau pelabuhan yang hebat.
27.Mantan Perdana Menteri kita iaitu Tun Seri Dr Mahathir Mohamad seorang yang cukup genius dan melihat ancaman Singapura sebagai sesuatu yang sangat serius, malahan beliau melihat lebih jauh iaitu Singapura sebagai proksi Zionisme di rantau ini.
28.Kita tahu pada zaman beliau Malaysia mahu memusnahkan Tambak Johor tetapi projek ini terbatal dan ketika itu banyaklah suara-suara sumbang yang menyebutnya projek jambatan itu ada kaitan dengan kronisme atau kaitan dengan pengikut2 Mahathir.
29.Yang mereka tidak tahu adalah, pembinaan jambatan di Johor Bahru itu sebenarnya merupakan kehendak Sultan Johor dan Mahathir diminta membuatnya.
30.Pasal itu apabila Perdana Menteri yang baru iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan pembinaan jambatan ketika di sebelah Changi, Sultan Johor tidak bersetuju.
31.Sultan Johor hanya mahu Tambak Johor di buang dan digantikan dengan sebuah jambatan.
32.Anda hendak tahu mengapa??? Sultan Johor bukan sebarang sultan, beliau tahu bahawa pelabuhan terbaik di selatan sebenarnya adalah pelabuhan Johor dan bukan pelabuhan Keppel di Singapura.
33.Cuba anda lihat geografi, pernahkan anda terfikir mengapa Johor tidak menjadi sebuah
pelabuhan dan mungkin ada yang mempertikaikan pendapat ini, kononnya Selat Tebrau sempit.
34.Saya ingin bertanya, jika Selat Tebrau sempit untuk laluan kapal, pernahkah anda melihat
bertapa sempitnya Terusan Suez dan Terusan Panama?.
35.Tulisan pada baris ini terpaksa dipotong (delete).
36.Saya masih ingat beberapa tahun dahulu ada cadangan untuk memotong genting Segenting Kra di Thailand untuk menjadikannya sebuah terusan.
37.Kosnya sangat mahal tetapi yang penting Singapura sudah beberapa kali mensabotaj projek
tersebut sehingga gagal dan hari ini dengan kekacauan di Thailand, harapan untuk melihat sebuah terusan di Segenting Kra tidak akan ada kesampaian.
38.Hari ini, Singapura dibangunkan dengan kekuatan tentera yang tidak ada tolok bandingnya
dengan mana-mana kuasa di rantau ini.
39.Tun Mahathir percaya, jika tambak Johor itu dicabut, ekonomi Singapura sedikit sebanyak dapat dilemahkan, perairan Selat Tebrau sebenarnya sangat dalam dan kapal-kapal besar mampu belayar di selat itu.
MERSING LINE DIGANTI DENGAN SERANGAN DARI KUANTAN
40.Kemudian datanglah pula Tim Huxley, yang menulis buku Defending Singapore dan sejak dari itu terkeluar pula strategi Mersing Line di mana tentera republik itu mampu melumpuhkan kekuatan ATM dalam masa dua hari sahaja dan akan memasuki Johor sebelum bertahan di satu garisan maya yang dipanggil sebagai Mersing Line.
41.Garisan itu dijadikan kerana tentera Singapura tidak mampu bergerak lebih jauh disebabkan
masalah kekurangan anggota serta bekalan logistik yang agak panjang.
42.Itu yang mereka mahu anda fikir, tidakkah bodoh teori itu apabila Singapura mengenepikan
ancaman TUDM dari Kuantan dan Gong Kedak.
43.Baru-baru ini, seorang sahabat saya, Nasir (kini jurukamera Channel 9 di Seremban) yang hari ini bersara sebagai kapten dari Rejimen Gerak Khas mengenepikan teori Garisan Mersing ini.
44.Katanya, pre emptive strike dengan tentera Singapura mara dari Johor Bahru sehingga ke
sempadan Johor sudah diketahui ramai.
45.Ini yang mereka mahu kita fikir, sama seperti perancang tentera British yang menyangka Jepun akan menyerang dari Selatan Singapura dari laut sebaliknya Jepun telah menyerang dari Kelantan, akibatnya meriam-meriam besar yang diletakkan di kompleks pertahanan Fort Siloso tidak mampu dipakai kerana muncungnya menghala ke laut di sebelah selatan.
46.Sejak dari 80an lagi, ATM sebenarnya telah memikirkan kemungkinan Singapura akan melancarkan serangan dari kawasan Pantai Timur dengan keberangkalian mendarat di kawasan Pahang untuk melumpuhkan Kuantan dahulu.
47.Anda fikir Singapura tidak mampu buat??? Kekurangan anggota?, bagaimana kalau saya katakan hampir 70 peratus rakyat Singapura mampu menembak dengan baik kerana setiap dari mereka pernah menjalani latihan khidmat negara.
48.Singapura tidak mempunyai masalah untuk mengumpulkan tentera dan mampu mengerakkan sekurang-kurangnya 500,000 askar termasuk kerahan tenaga jika keadaan memerlukan, malah 1.2 juta rakyat mereka yang berusia di antara 16 sehingga 18 tahun boleh dilatih untuk tujuan ketenteraan.
49.Dalam tempoh 24 jam, jumlah ini boleh digerakkan melalui kod-kod rahsia yang terpancar pada skrin televisyen mereka atau mesej-mesej pada alat kelui mereka.
50.Logiknya serangan dari kawasan pantai timur ini boleh dilihat melalui perolehan terbaru
mereka dari pembinaan kapal-kapal pengangkut jenis LPD kelas Endurance. Untuk apa sebuah negara kecil seperti Singapura memiliki kapal-kapal pengangkut ini.
51.Mana mungkin kapal-kapal pengangkut ini dibina semata-mata untuk membawa askar menyeberangi Selat Tebrau kerana tugas ini masih boleh dipikul oleh kapal-kapal pengangkut kecil dan dari artikel saya yang lepas, kawasan Johor Selatan sendiri tidak sesuai untuk pendaratan dengan keadaan tanah yang agak lembut serta pantai yang penuh dengan pokok bakau.
KAPASITI KAPAL PENGANGKUT LPD KELAS ENDURANCE
51.Singapura mempunyai empat kapal LPD iaitu RSS Endurance, RSS Resolution, RSS Persistence dan RSS Endeavour.
52.Setiap satu kapal dilengkapi dengan misil pertahanan udara Mistral dan mampu membawa
sekurang-kurang 350 tentera (kapasiti waktu aman) serta 18 buah kereta kebal dan 20 kenderaan.
53.Saya percaya semasa peperangan, kapal-kapal ini mampu membawa sekurang-kurangnya dua batalion tentera dan cukup untuk menawan pengkalan udara TUDM di Kuantan.
54.Armada laut Singapura masih mampu untuk bertindak sendirian tanpa perlindungan
pesawat-pesawat F-16 mereka kerana dilengkapi dengan pelbagai sensor serta peralatan senjata
yang baik.
55.Selain dari itu, perlindungan armada ini diberikan oleh friget-friget halimunan dari Kelas
Delta yang mengambil teknologi muktahir friget La Fayette, Peranchis.
56.Kapal-kapal Delta ini juga amat unik, ia direka untuk menangani ancaman udara dengan
maksimum, saya rasa semasa perancang tentera Singapura memilih friget ini, mereka meletakkan ancaman dari kapal-kapal TLDM pada tempat kedua.
57.Kedudukan pengkalan laut Singapura di sebelah pantai Changi membolehkan jangkauan mereka dibuat sehingga ke Kuantan dan bukan di sebelah Selat Melaka yang lebih sempit oleh perairan Indonesia dan Malaysia.
58.Tak percaya? Cuba lah lihat peta…perhatikan kedudukan Lumut, Changi dan Kuantan.