create your own banner at mybannermaker.com!

Wednesday, October 31, 2012

Teori Mistik Alam Kelabu.


kadang-kadang kita pernah rasa seram sejuk dan meremang kan??
kita juga seolah2 dapat merasai kehadiran makhluk2 ghaib disekeliling kita kadang2..
sebagai umat Islam.kita kena percaya perkara ghaib.tapi xpatut takut kepada makhluk ghaib sebab kita kan khalifah kat muka bumi? dok gitu sedare sedare sekelian alam?

mekanisma pada badan manusia sangat menarik untuk dikaji.
contohnya mekanisma Meremang bulu roma (bulu roma naik mencacak).
adakah benda ni terjadi voluntary atau involuntary?

meremang dan seram sejuk selalu dikaitkan dengan perkara ghaib dan mistik.
contohnya kita dapat rasa kehadiran makhluk halus jika kita meremang?
betul ka?
kalau betul hebat juga la badan kita kan.memangla hebat.
dan kalau betul..adakah manusia mempunyai 6 deria??

kali ini aku nak berkongsi satu teori yang aku terfikir semasa di tandas tadi. =p
macam mana kita dapat rasa kehadiran makhluk halus? sedangkan kita tidak nampak dengan pancaindera kita?
so tadi aku terkeluar satu teori mudah yang dpt difikirkan kanak2!!.tapi aku nak share gak! wek2! hahaha

situasi: 
 sedang berada di dalam tandas.
kadang2 sorry to say kalau kita tengah buang air di dalam tandas, kita seperti merasa ada sesuatu dibelakang kita kan...
adakah itu satu perasaan sendiri??atau memang benar ada sesuatu di belakang? tapi tidak terlihat,..
so macam mana kita detect 'benda' tu?
bagi aku..contohnya kita buka air semasa kita sedang buang air besar. dan air yang jatuh ke lantai mengeluarkan gelombang bunyi. gelombang bunyi akan dipantulkan oleh objek2 di dalam tandas seperti dinding dll.
so bila ada 'something' yang menyekat gelombang bunyi itu untuk dipantulkan kearah telinga kita,secara automatiknya signal akan dihantar ke otak kita yang cerdik bahawa ada something yg menghalang bunyi tersebut.
mungkin itulah yang menimbulkan suasana seram dan menyebabkan kita boleh 'rasa' kehadiran makhluk yang tidak dpt dilihat..
penerangan dalam bentuk imej =p


konklusinya: hanya Allah yang Maha Mengetahui dan kita hamba Allah yang diangkat sebagai Khalifah di muka bumi janganlah kalah dengan godaan dan hasutan jahat jin dan syaitan (pesanan untuk diri sendiri)

p/s: entri ini mungkin mengandungi unsur-unsur tahyul dan khurafat. sila rujuk kepada alim ulama jika ragu2. 

Assalamualaikum


     

4 comments:

  1. huhu ad teori physic..hehehe

    ReplyDelete
  2. Gooԁ poѕt. I'm facing many of these issues as well..

    Also visit my web-site; payday loans

    ReplyDelete