kadang-kadang aku rasa diri aku pelik..
pelik dari segi apa?
pelik dari segi pemikiran aku.
kenapa?
walaupun ramai orang nampak badan aku besaq macam bapak gorilla, ada janggut sejemput..
tapi aku rasa pemikiran aku masih berada pada tahap kanak2 pra matang.hahaha.
kenapa begitu?adakah aku mudah merajuk? kuat merengek? suka nangis macam budak?
oh tidak...
aku sangat antonim dengan segala sifat2 di atas.seriious xtipu..
aku rasa diri aku pelik sebab aku selalu tertarik kepada benda2 kebudak2an.
contohnya aku suka mainan dan patung2 mainan dan kartun2.
aku xtau kenapa aku suka.setiap kali aku jalan2 dngan cik sayang aku,
mesti aku akan singgah di kedai2 mainan..mula2 aku tngok cik syg aku tngok pelik la gak kat aku.tp lama2 dia dah macam faham aku.dan macam xkesah dengan perangai aku dah..
hehee.
dan buat pengetahuan semua.aku smpai umor 18 tahun masih mengumpul yoyo, beyblade,keta dash and kuro dan kereta kontrol.dan akan men sorang2 sebab jarang ada budak sebaya aku yang nak main benda2 mcm tu dah.hihihi
memang la ada gak orang yg macam aku.tp kenapa tidak ramai? dan masih menyembunyikan identitinya.
tp yang aku peliknya.aku allergic baca komik..
bagila komik apapun.
smpai mampus aku xbukak plastik.haha.
aku lebih suka berimiginasi sendiri dan membayangi komik hidup aku.
faham tak apa maksud ayat aku tadi?haha
aku suka berkhayal dan berfantasi.pui! macam budak2 terencat kan? ke tidak?
aku rasa cara aku berfikir sangat pelik.
contohnya aku selalu membayangkan benda2 yang mungkin org lain xmau bayangkan(bukan lucah2 ya..)
kalau aku lalu sebelah tiang lampu.aku akan terbayang dan ternampak bayangan orang2 zaman dahulu,mcm mana diorang pasang tiang lampu tu.dan bayangan tu memang akan nmpak live.sirius xtipu.haha
pelik ka dak aku macam tu??hmmm
-kalau aku tngok tikar, aku akan pikir dan bayang orang asli menganyam tikar sebagai contoh.
-kalau aku tngok langit aku akan bayang yang beyond imagination.aku pun xfaham nak terangkan mcm mana.
-kalau aku tngok air sungai or laut aku akan terbayang haluan dia lepas ni akan kemana..dan akhirnya selalu xdak penghujung smpai dah xboleh terbayang aku akan stop membayangkan.penat.hahaha =p
-kalau aku tngok bangunan tinggi.aku akan cuba bayangkan rangka dalam dia.wtf! haha.tapi aku suka.xtau pasaipa.
-kalau aku tngok kereta lama aku akan terbayang kemana kereta ni pernah smpai?
-dan kalau aku pegang duit aku akan terbayang sapa pernah pegang duit ni sebelum aku? orang jahat ka? Perdana Menteri ka? PM maybe tak la kot.aku banyak duit singgit ja.mana dia layan duit singgit.haha
dan banyak lagi la kalau..kalau nak ceritaa penuh dengan kalau.kikiki
dan aku selalu nampak orang dalam bentuk fantasi yang lain.contohnya kartun.atau komik atau benda2 lain yang seiras dengan mereka.
sebab tu aku selalu bahan orang sebab aku cakap bedasarkan apa yang aku nampak orang tu.hahhaa.(sori dan maaf kepada semua)
dan aku selalu tngok dunia dari perspektif lain.
contohnya persoalan 'what if i am somebody else' yang selalu bermain dlm diri aku.
aku selalu bayang aku sebagai benda yang lain contohnya binatang atau benda lain.
so effing weird!!kuikuikui.
dan bila aku termenung, dalam tandas, xdak keja. melamun dalam kelas.
aku selalu terbayang teori2 pelik2 yang memang mungkin tidak masuk akal.
tapi banyak teori2 yang aku terbayang aku xingat selepas beberapa minit sebab aku ada 'short term memory' =p.
contohnya, baru tadi aku tengah mandi aku terbayang.
what if one day internet akan disalur melalui air paip ke rumah2?
boleh tak benda mcm tu jadi?
haha.lawak kan.aku terbayang TM collaborate ngan Syabas dan transfer data melalui air ke rumah2 di Malaysia.dan fikiran aku seakan2 terikut.
aku terbayang seperti aku menjadi data2 tersebut dan melalui paip2 dari sumber air ke rumah2 orang lain.
pui.apa kena ngan aku ni???
aku rasa aku nak beli buku la.
dan bawak kemana2 saja aku nak.bila timbul teori baru terus nite down dalam buku.heh
kadang2 aku selalu terbayang teori2 illuminati dan freemason dan mencipta teori sendiri.
adakah itu taksub?kekeke
dan aku selalu mimpi pelik2.
dan mimpi2 tersebut kebanyakannya berulang-ulang sejak aku kecil smpai sekarang.
dan mimpi2 tersebut jelas aku ingat.hmm
contoh:
aku selalu mimpi kapal2 amgkasa penuh dilangit atas rumah aku dan depa nak serang rumah aku.
yang peliknya kapal2 angkasa tu dipandu manusia2 yang canggih.dan mimpi tu sangat real! smpai aku leh ingat lagi muka salah sorang yang bawak kapal angkasa tu.dan mimpi tu masih berulang hingga kini.
aku juga slalu mimpi yang aku dikejar helikopter disebuah bangunan.
slalu jugak aku mimpi yang aku jumpa sebuah bunker dalam air.
dan nak masuk bunker tu kena ada cop tangan aku saja.
dan bunker tu menjadi tempat perlindungan umat manusia.
hahaha.pelik kan.
mimpi2 yang macam ni selalu menemani tidur aku.smpaikan aku dah boleh tau apa plot mimpi aku.
kenapa aku mimpi macam ni?mcm budak2.hahaaha
dan kalau aku dengar lagu.dan pejam mata.
aku akan nampak videoklip lagu2 tu.walaupun aku xpernah tngok pon videoklip lagu tu.
bila ada lagu baru aku mesti terbayang videoklip lagu tu.
dan bila videoklip official dah keluar mesti aku compare sama x dengan bayangan aku.kikikiki.
adakah aku pelik?
adakah aku terlalu kebudak budakkan?
adakah aku hipsters
adakah aku gay??pui.haha
apa2 pun aku rasa mesti ada orang kat luar sana yang sama mcm aku kan?
jngn malu,mengaku ja.baru aku boleh rasa yang aku xpelik.heh.
nasihat aku.
jangan biarkan your imagination tersekat oleh apapun.
jangan berhenti berfikir dan jangan selalu merehatkan otak.
jangan baca buku, kita berimiginasi saja k?hehehee
aku rasa macam nak kembangkan pemikiran aku.
tp somehow aku rasa aku xdapat.
maybe sebab environment aku.
maybe sebab sikap aku,orang sekeliling,environment.
dan maybe sebab aku berada dalam negara yang selalu menyekat kreativiti ni.hmmm.
gambar sekadar hiasan
dont stop being a child.
dont start growing.
dont limit your imagination.
dont care what others think about you.
please dont stop the music!! puahahaha.
p/s:thanks baca post aku yang panjang.moga xpening dan xmuntah. komapsunida!
amat bun totoi
ReplyDeletejum totoi!.hahahha
ReplyDelete