create your own banner at mybannermaker.com!

Friday, October 7, 2011

Rahsia Ketenteraan Malaysia 4 ( rahsia Putrajaya)

salam..

disini saya ingin mengongsi sebuah buah mulut atau pun cerita2 masyarakat tentang sebuah perkara yang tidak pasti kesahihannya ini..tetapi bedasarkan fakta-fakta dan saksi yang ramai..cerita ini seakan2 benar dan ada logiknya..

kisahnya adalah berkenaan tentang Terowong dan Bunker Rahsia di Putrajaya..

Putrajaya merupakan tempat pentadbiran Kerajaan Malaysia.
dimana idea pembinaannya datang daripada seorang pemimpin genius Malaysia- Tun Dr. Mahathir Mohamad.
kita tahu apa segala yang Tun buat mesti ada kepentingan dan kelebihannya..





jadi..mengapa Tun bersungguh2 untuk membangunkan Putrajaya??
ramai dah tau..dan disebaliknya ada beberapa perkara yang tidak diketahui ramai..

kita baca dulu karangan saksi berkenaan perkara ni..

KETERANGAN SAKSI-saksi seorang yang berpangkat tinggi dalam ATM.


1. Anda mungkin pernah mendengar tentang terowong rahsia yang menghubungkan bangunan xxx sehingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
2. Susah hendak percaya? tetapi “Urban Legend” atau mitos zaman moden ini sebenarnya wujud dan jangan sangka hanya Amerika Syarikat sahaja yang mampu membina kubu-kubu bawah tanah di bawah bangunan Rumah Putih yang diduduki oleh presiden mereka. Orang Malaysia pun mampu juga.
3. Saya sendiri pernah berada di ambang pintu masuk ke terowong terbabit di lokasi bangunan xxx. Ketika itu saya ketagih rokok, malangnya bangunan terbabit merupakan zon larangan merokok.
4. Sebagai jalan ringkas, saya memasuki salah satu pintu “Keluar” atau “Kecemasan”, untuk berasap dan ketika itu saya melihat sesuatu yang aneh.
5. Tak payahlah fikir bangunan mana atau di bahagian mana, kerana bahagian bangunan yang saya masuk ini hanya orang tertentu sahaja yang boleh masuk.
6. Saya mungkin berada di tingkat empat atau lima bangunan terbabit, peliknya mengapa tangga kecemasan turun terlalu dalam dan saya kira ada puluhan tingkat.
7. Baiklah, jika saya masukkan ruang meletak kereta “basement”, paling kuat ia mungkin pergi setakat ke tingkat 8 atau 10 sahaja sahaja.
8. Saya tidak berani untuk menyiasat lebih jauh kerana bangunan itu sendiri ketat kawalan keselamatannya.
9. Kisah terowong ini sebenarnya sudah lama saya dengar ketika Putrajaya baru siap dibina tetapi saya tolak ke tepi, mengarut kata saya.
10. Mana mungkin orang Melayu, berkemampuan membina terowong yang panjangnya lebih dari 30 kilometer tanpa dapat dikesan.
11.Baru-baru ini saya ke KLIA untuk menghantar sepupu saya ke Amerika Syarikat, saya menjalankan penyiasatan saya sendiri dan berbual dengan sumber-sumber saya di lapangan terbang terbabit.
12.Alangkah terkejutnya saya apabila, kewujudan terowong itu memang benar dan mereka sendiri menyaksikan saiz terowong itu yang membolehkan jalanraya dua lorong dibina dan terletak di bawah KLIA sendiri.
13.Saya mula mengumpul maklumat intel, di sini saya menyedari kelemahan saya, saya lupa rakyat negara ini sudah mula menunjukkan kebolehan membina terowong yang terhebat di dunia iaitu terowong SMART.
14.Saya sendiri pernah turun ke dalam terowong SMART semasa ia sedang dibina dan menyaksikan pertemuan dua terowong ditembusi masuk oleh jentera pengorek, satu pengalaman yang mengkagumkan yang bukan semua orang boleh lihat.
15.Seorang lagi rakan saya, bekas anggota xxx sendiri pernah menyaksikan pelan pembangunan Putrajaya ketika ia sedang dibina dan mengesahkan mengenai pembinaan terowong itu termasuk bunker-bunker perlindungan.
16.Terowong itu menghubung tiga tempat utama dan salah satu daripadanya adalah KLIA, dua lagi tempat, maaf, saya enggan dedahkan secara terbuka di sini.
17.Terowong itu mempunyai point hubungan atau kemungkinan bunker yang terletak di bawah salah satu tasik yang terletak di Putrajaya.
18.Beliau mencabar saya satu perkara…”Turun menyelam ke dasar tasik Putrajaya dan beritahu saya, apa yang anda pijak…samada selut ataupun lantai konkrit?”.
19.Memang hebat Putrajaya…visi Tun Dr Mahathir Mohamad, selain dari bangunan yang cantik ia menyimpan seribu rahsia tersembunyi.
20.Ada sesuatu yang Tun sediakan untuk satu saat nanti apabila segalanya mula berjalan mengikut sistem yang dirancang.
21.Mengelilingi Putrajaya adalah meriam anti-pesawat yang terletak di beberapa zon keselamatan ketat yang berbentuk berlian jika kita lihat dari pelannya.
22.Zon penempatan meriam anti-pesawat merupakan kawasan ketat dan dikawal rapi, patutlah di sesetengah kawasan xxx, orangramai dilarang masuk dan ada masa tertentu sahaja ianya dibuka secara terhad.
23.Meriam-meriam ini, lengkap dengan sistem elektronik dan radar tersimpan dalam kontena khas dalam zon keselamatan yang mengelilingi Putrajaya itu sendiri.
24.Kepada pembaca…tolonglah jangan jadikan maklumat ini isu politik dengan beranggapan, ini merupakan satu lagi bukti pembaziran wang rakyat dan untuk apa semua ini diwujudkan.
25.Jangan melihat sesuatu yang anda tidak tahu melalui pemikiran sempit anda…ada sesuatu yang sedang ditunggu oleh negara ini dan para pemimpinnya.
26.Ini merupakan persediaan masa depan negara ini, saya tidak boleh membuka semua maklumat secara terang-terangan kerana anda mungkin belum bersedia untuk menerima hakikat sebenar.
27.Kebangkitan akan bermula dari sini…
NOTA PENULIS : ADA SEBAB PUTRAJAYA DI BINA WALAUPUN DAHULU KAUM-KAUM PEMBANGKANG AMAT AKTIF MENGUTUK PROJEK TERSEBUT. BILA ORANG MELAYU BUAT PROJEK, MULALAH DITABURKAN FITNAH MACAM-MACAM SEOLAH-OLAH TIDAK MAHU MELIHAT ORANG MELAYU MEMBUKTIKAN KEPADA SEJARAH BAHAWA BANGSA INI JUGA MAMPU MENGUNGKIT TAMADUN KETIKA TAMADUN LAIN SEDANG MATI.


berdasarkan karangan saksi tersebut..
ada logik kan kalau Putrajaya disediakan terowong2 bawah tanah,bunker bawah tanah,dan sistem anti peluru berpandu..
sebab Putrajaya kan tempat pentadbiran Malaysia.
tempat tinggal pemimpin Malaysia.
so wajib dan patut pun dibina bunker2 dan terowong2 untuk keselamatan para pemimpin kita dan dokumen2 rahsia Kerajaan Malaysia..
bagi pendapat saya dan orang ramai..
dan memang terbukti terdapat terowong yang dibina bawah tanah di Putrajaya.
plan pembinaan putrajaya ada menunjukkan perkara tersebut,.
tetapi dalam plan tersebut menyatakan bahawa terowong itu adalah untuk aliran transit ringan tren bawah tanah..
tapi siapa tahu kegunaan sebenarnya??
sebab sampai sekarang pun tiada lagi perkhidmatan tren bawah tanah di putrajaya kan??
so kawan2 nilai la sendiri k??hehe

actually saya pun slalu lepak or dating kat putrajaya ni..bukan apa..saya suka pemandangan disana..hehe..
bangunan die cantik2..pemandangan dia indah n xterlalu sibuk mcm kat tempat len..
tapi saya tertarik dengan satu bangunan atau arca ni iaitu monumen alaf baru..
monumen ni berbentuk seperti peluru berpandu yang amat mencuriga kan sekali..


malam2 ada lampu kat atas..leh tukar2 kaler..lawa gak..hehe


adakah ianya bertujuan untuk menaikkan minat rakyat malaysia untuk menguasai bidang atom(peluru berpandu)..
atau untuk melambangkan kemajuan sistem pertahanan negara??hurmm..saya pun xtaula..
penah la jugak pegi ke monumen tu..usha2..xdak apa yang spesel pun..cuma sepanjang perjalanan naik ke atas monumen tu ada sejarah malaysia..best..hee
ni la sejarah2 malaysia yang dipaparkan

disekeliling monumen ni ada tertulis rukun negara

disekelilingnya juga ada kod2 binary (10101010101)..xtau apa maksudnya.

monumen ni dibuat dari besi waja


aku pun nak posing gak..hehe.huduh dak?=p


untuk pengetahuan semua..Monumen Alaf Baru dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir.
di dalamnya ditanam dengan sebuah microcip yang mengandungi pesanan2 TUN.
dan microcip tersebut hanya boleh dibuka bila negara mencapai tahun 2020.
waaah..apala ada dalam microcip tu eh..hehehe..
monumen ni sebenarnya berfungsi sebagai rumah api dikala malam..
tapi xfaham la..nak watpa rumah api tengah2 bandar?heeish..


haritu ada satu lubang kat monumen ni..aku usha2 la apa ada kat dalam..


takdak apa pun..kosong ja.ada beberapa tiang besi yang dok support selain konkrit kat dalam.


ingat ada bahan api untuk peluru berpandu..hehehehe
takat ni la penulisan blog ni..

walaubagaimanapun aku memang bangga dengan putrajaya ni..
thanks Tun Mahathir kerana tindakan bijak membina Putrajaya.
ada yang kata putrajaya bakal jadi pusat pemerintahan dunia suatu hari nanti??xtaula....Allah Maha Mengetahui.hehe
salam..arios!


10 comments:

  1. Militry of malaysia.dh baca pun...

    ReplyDelete
  2. suatu masa nanti akn jadi perangan, antara agama, mungkn YAB TUN fikirkn keslmatan rakyat Malaysia,
    terima ksh, aku pon sngt bngga dngn putrajya, penah hidup disana selama 3bulan, bnyk yg dapat.
    ^_^

    ReplyDelete
  3. Tukar la font bodoh ni.

    ReplyDelete
  4. Monument Tue tanda tiang
    Freemason

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah..betol pun..freemason...seluruh dunia ada menara ni dah..tapi macam yg sy dgr..negara ini akan bermulanya kebangkitan..mungkinkah mahdi? negara kita boleh dikatakan diberkati Allah..walpun negara kita kurang dari segi pemerintahan agama ..sbb tuh kadang2 org arab datang masa musim panas..walupun negara kita panas tp diorg tetap datang.. wallahualam

      Delete
  5. Monument Tue tanda tiang
    Freemason

    ReplyDelete
  6. Memang terowong ni dibuat terus ke klia... Untuk langkah keselamatan negara jika perkara yang tidak diingini

    ReplyDelete
  7. Dah masuk tahun 2021..sampai sudah tak dibuka rahsia yang tersimpan tu. Tak berani buka agaknya.☹️☹️☹️

    ReplyDelete