create your own banner at mybannermaker.com!

Saturday, May 21, 2011

cara halus sebar pengaruh yahudi??



Assalamualaikum..
dah lama saya x update blog..asyik dok minum cool blog ja sampai perut buncit.haha

ni first time aku update blog dalam bas...
bas ni best ada wifi..hehe..
tapi pening dia mau tau la..dok bergoyang2 habeh..bas double deck..huhui..heehe..

saja ja nak cerita pasal pengaruh yahudi @ israel ni kat dunia..
dalam sedar xsedar merata dah dia dok prett dia punya pengaruh ni...
xpayah nak cerita dah kot no..
rasa2 semua dah sedia maklum illuminati laa.. freemason la...

tapi yang aku nak ceghita bagi harini...pengaruh dia ada dalam rumah aku!!!!
tudia aeh..
memang nampak benda ni remeh..tapi bagi aku xremeh aeh..benda ni sirius kot..

apa pengaruh dia??

dulu..time aku nak buat berbeku kat rumah aku..abang aku suruh p cari aluminium foil dalam kabinet dapuq..
cari punya cari aku terserempak dengan gelas ni..ish3..




ish3....nak buang ka tak??hehe
gelas ni mak aku dapat..pejabat tempat mak aku keja bagi..
tapi yang hairannya..kenapa bentuk geometri tersebut yang menghiasi gelas tersebut.??
buat la petak2 ka..bulat2 ka..
dah la kaler biru putih..
sapa yang tempah gelas ni..xnampak ka??
ka saja tempah bentuk ni?? hurmm..musykil2.
maybe kebetulan saja kot.
ka maybe ada komplot dalaman??
pejabat kesihatan?? kementerian?? kerajaan?? hehe..salah cakap kena tahan ISA aku..huhu..gurau saja..

tapi xpala..alang2 dah keluaq cerita lambang israel ni..nak kongsi la sikit sejarah lambang depa ni..
sebenaqnya bukan lambang depa pun...depa tiru ja..haq tuih!




Ketika Salahuddin al-Ayubi dapat mengalahkan tentera salib di Jerusalem , beliau membawa dua mimbar dari Halab ( Aleppo ) Syria , tempat dimakamkan Saidina Khalid al-Walid . Saidina Khalid al-Walid antara sahabat yang berjuang untuk membuka kota Jerusalem ini. Setelah enam ratus tahun kemudian, Jerusalem berada di dalam tangan tentera salib. Pada tahun 1187, ia berada ditangan Islam kembali. Mimbar ini sebagai simbol bahawa masjid ini telah di dalam amanah Islam semula
Satu mimbar diletakkan di masjid al-Aqsa, satu lagi di masjid al-Khalil (Masjid dimakamkan Nabi Ibrahim a.s). 

Apa yang menarik adalah di mimbar ini ada bintang enam, lambang negara Israel

Sebenarnya nak, bintang enam ini adalah lambang bangsa Arab Kan’an. Ia ada sejak ribuan tahun dahulu. Bangsa Arab Kan’an menggunakan bintang ini sebagai lambang kaum mereka. Sebab itu, ketika Salahuddin datang, dia membina tingkap ini dengan mengekalkan lambang bintang enam ini sebagai menghormati kaum Arab Kan’an yang telah Islam.

Orang Kan’an merupakan penduduk asal tanah Palestin ini. Sebelum Israel dibawa oleh Nabi Musa ke Palestin, mereka telah ada. Umur mimbar ini hampir seribu tahun. Tingkap dan mar-mar di dinding ini berumur ratusan tahun. Orang Israel menggunakan lambang ini baru dalam 100 tahun. Mereka menggunakan lambang ini dengan alasan seolah-olah mereka penduduk asal seperti Arab Kan’an di sini.
Di dalam Islam kita dilarang memakai lambang orang kafir. Bukan sahaja lambang, menyerupai sesuatu kaum pun kita dilarang
.
Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud,

“Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia akan tergolong di dalam kaum itu”.

Israel menggunakan lambang bintang enam untuk menyatakan dia adalah penduduk asal Palestin ini. Mereka mengarang buku-buku yang menyatakan mereka adalah penduduk asal dengan menafikan bahawa Arab Kan’an adalah penduduk asal di sini.


Sumber: Asal Usul Lambang Israel | Paradigma MUKMIN http://akuislam.com/blog/fakta-menarik/asal-usul-lambang-israel/#ixzz1N6s8P8FY






p/s:pening nak mampuih..nak muntah..goyang sakan bas ni..haha...its a bumpy ride..babai!!

No comments:

Post a Comment