create your own banner at mybannermaker.com!

Wednesday, April 10, 2013

How to Diet by amat bun =D



hai saya dah lama xupdate blog.
so disaat saya malas buat homework, saya mengambil keputusan untuk menghupdate.hehehe..

kali ni entri pasal macam mana nak diet.
sebab saya pun tengah berdiet! 
so kepada sesiapa yang ada masalah overweight seperti saya diluar sana. 
meh la kita melakukan transformasi.
for our self esteem and for our health yang pentingnya.
xkkan muda2 lagi dah nak kena banyak peyakitkan..kesian diri kita dan keluarga kita nak jaga kita bila kita sakit nanti. (mintak simpang).

so le introduction.~~

saya memang dilahirkan dengan bertubuh gempal/chubby/gemok.
dari kecik cakap kau. malas cerita panjang.ada entri lepas2 pasal ni.nak tau cari.haha

dan saya pernah mencapai berat badan ideal pada umur 18-19 tahun. 
tapi saya tidak maintain berat badan saya.
so berat saya dari 78 KG, tinngi 182 CM terus mencanak naik ke sampai 112 KG. 
sebabnya? saya suka melantak xkira masa. melayan nafsu perut.

Before the latest diet.


time ni berat: 112 KG.





so selepas saya diet dalam sebulan lebih. dan berjaya membuang lebih 10 KG. 
berat masa ni 97 KG. still gemok but berjaya kurangkan lagi sekarang.


selepas dua bulan diet berjaya buang 18 KG. berat semasa 92 KG
Latest: 92 KG.
Before and after =p

ok sekarang berat belum mencapai ideal. tapi masih dalam proses. dun worry. we can modify ourself bro!

Tips Diet Versi AmatBun.:

1. Tanamkan semangat yang kental weyh! ini paling penting! sebab apa? sebab bila kita diet.mesti ramai yang akan mencemuh. kita gi lepak kedai makan, tapi kita xmakan then semua orang akan gelak2 n perli. benda biasa bro tu.. pekakkan telinga.tahan nafsu!

2. Tahan nafsu peringkat tertinggi! ok kali ini dari segi pemakanan.panjang sikit k. Kurangkan makan. semua jenis makanan. Ok, macam ni, kalau lepas baca ni korang nak diet esok, esok korang start kurangkan makanan biasa korang ambil kepada separuh. contohnya nasi sepinggan adalah diet anda yg biasa. esok korang ambik separuh nasi dan separuh sayur. sumber protein ambil juga. 

Makan macam biasa. breakfast korang ambik roti sahaja.breakfast penting! tapi kadang2 saya pun skip.haha.makan tengah hari separuh, n malam jangan makan nasi! amik alternatif dia. seperti kotiaw or bihun. tapi jangan yang goreng.ambik yang sup!.

ok done seminggu makan mcam tu. then minggu seterusnya, korang makan separuh lagi dari meal minggu lepasnya. nasi suku, sayur suku, lauk ambik sikit. ok? kalau boleh kuah jangan ambik banyak sebab kuah pun penyebab kalori yang tinggi.

ok done seminggu seperti itu. then minggu seterusnya korang boleh tukar terus pemakanan korang!!! hahahaha. kalau ikut aku punya pemakanan, pagi sarapan roti wholegrain sekeping (pastikan wholegrain bread). tengah hari kalau boleh jangan makan kat kedai makan. makan roti dua keping with some sumber protein seperti ayam rebus( rebus sendiri) or masak sup ayam sendiri (no minyak n no kentang ok).hehehe.
dan malam jangan makan benda berat.cukup dengan roti dua keping, buah-buahan.

ok amalkan diet diatas sepanjang aktiviti diet anda. mampu x? mampu..saya dah buat.. =p. lama2 perut akan biasa dari melantak semua makanan yang berminyak dan high fat.hehe.

3. WORK OUT!!! no easy way bro. u must work out to burn kalori and your fat!.. bab workout ni ramai dah expert kot. ok bagi BUN, bun akan workout setiap hari seminggu. buat apa? saya main gym. dan kalau malas pergi gym, saya main bola petang2, ataupun saya akan jog. saya buat apa di gym? firstly, saya akan main treadmill selama 20 minit. LARI tau jangan jalan ja atas treadmill tu. dan lepas main treadmill, saya akan main routine lah, buat bicep, tricep, back, chest, shoulder dll. kalau xtau nak buat kenala pergi gym ngan membe2 dan tngok youtube. kalau jog pulak mesti pastikan kita lari sampai penat gila!hahaha. sehari sekali memadai. dan kalau sibuk and skip sehari.esok mesti work out lebih.ganti!

at gym


4. MINUM AIR BANYAK! bukan air gas ka air hundred plus ka. ok? minum air kosong banyak. sebab bila kita minum air kosong dalam xsedar kita burn kalori tau. nak tau lebih google ok.bangun pagi je teguk air bebanyak. and sudah menjadi lumrah, bila kita diet dan work out kita akan rasa pening2 dan rasa nak kedarah air manis. xjadi masalah nak minum, jangan smpai menyiksa badan dan minda kita..sekali sekala xpa. tapi minum air jus buah!

5. NO FAST FOOD! jangan makan fast food sepanjang proses diet. jangan makan MCD, KEPSI, PIZZA, DOMINO, AISKRIM dan seangkatan dengannya. ingat bukan selamanya ok. time kita nak diet ni ja berkorban sikit, sambil save money. an an an =p

6. HAVE YOUR CHEAT DAY! kan kita kejam sangat kan dengan badan kita.kadang2 kena manjakan ngan dia gak.hehe.ok bagi BUN cheat day ni penting. BUN punya cheat day adalah weekend. cheat day sehari seminggu ja ok. apa kita leh  buat time cheat day ni? time ni lah kita pi makan apa yang kita dok teringin tu.. tapi beringat sama kita tngah diet.huhuhui. tapi dihari cheat day pun work out jugak tau.hehe.

7. CARI KAWAN UNTUK SAMA-SAMA DIET!. siries gua cakap. diet sorang ni susah. atleast kalau ada kawan yang diet ni semangat kita lain.masing2 berlumba untuk menjadi kurus dan untuk nampak progress. macam kat matrik dulu aku diet ngan kawan aku Dini, dan kat UNIKL ni aku diet ngan Naqib ngan Alip. dan diorang jugak gymmate aku.hehehe. kalau xdak kawan nak diet pun. mintak gilpreng or family or kawan bagi moral support. =)

8. Supplement? Fatburner? itu terpulang la kepada . yang mampu =p. fatburner ni bagus gak untuk mempercepatkan pembakaran lemak dan menaikkan metabolisma badan selain menghalang penyimpanan lemak dalam badan.

9. Motivation!! buat wallpaper macam ni dalam handphone atau laptop anda untuk mengingatkan anda!



ok kawan2 yang senasib denganku -.-' mari kuatkan mental kita, semangat kita untuk meneruskan semangat juang kita untuk berdiet dan menyiksa lemak kita.muahahahhaa. ingatlah kalau kita xjaga badan kita, sapa lagi boleh jaga? ingat sweat is fat tears..hahahah

some quotes:
~impossible is bullshit! the word itself  im possible= i am possible!
~sungguh rugi kalau kita meningkat tua kalau kita xpernah melihat apa kemampuan badan kita boleh capai.


doakan saya dapat mencapai berat badan ideal!
dan kalau tersalah info or terguris hati dengan cara saya diet, jangan ikut! hehehe.
tapi saya berjaya turunkan 11 KG in one month.
dan latest saya dah berjaya turun 18 KG in two months! syukur.. =)
and bila kita semua dah berjaya diet nanti. the challenge is to mantain it!

Assalamualaikum. jangan lupa minta restu keluarga sebelum berdiet =p mari berdiet!

me time fist diet.

bring the action!